ARAU: Sepasang kekasih yang baru selesai memadu asmara dicekup kerana dipercayai memiliki dadah jenis syabu dan heroin dalam beg galas mereka dalam serbuan di Jalan Padang Besar, Kurung Anai, di sini, kelmarin.
Ketika serbuan pukul 10 pagi kelmarin, Lelaki itu yang bekerja pesawah berumur 42 tahun dan kekasihnya berumur 19 tahun ditahan ketika menunggu pelanggan.
Difahamkan, ketika ditahan wanita itu didapati tidak langsung memakai pakaian dalam dan mereka dipercayai baru selesai melakukan seks di tempat itu.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (IPD) Arau, Asisten Superintendan Zulkiflee Rashid memberitahu, hasil pemeriksaan keatas suspek berusia 42 tahun itu menemui 25 paket heroin di dalam beg kecil yang dipegang.
Menurutnya, siasatan mendapati teman wanita suspek turut memiliki empat paket dadah jenis syabu seberat 3.10 gram di dalam sebuah beg yang digalasnya.
0 comments:
Post a Comment