Sekadar gambar hiasan |
Dadah itu, kata polis, dibawa masuk untuk diserahkan kepada seorang daripada banduan di penjara berkenaan yang menjadi kekasih suspek.
Bagaimanapun, kata sumber, cubaan itu digagalkan selepas pihak penjara menjalankan pemeriksaan teliti terhadap janda terbabit.
“Dadah itu seberat 25.3 gram disimpan dalam plastik jernih sebelum dimasukkan ke kemaluan,” katanya.
Sementara itu, janda terbabit berkata, dia tidak tahu bahan berkenaan adalah dadah.
“Saya cuma menurut arahan kekasih saya.
“Dia memberitahu bahan yang saya bawa cuma ubat tidur,” katanya. Polis berkata, suspek adalah penduduk Sumedang dan datang ke penjara itu untuk bertemu banduan terbabit yang baru dikenalinya setahun lalu.
Menurut sumber, wanita itu mendapat arahan daripada dua lelaki lain di Jalan Sukarno - Hatta di Bandung.
“Suspek mendakwa dia melakukan penyeludupan itu secara sukarela, tanpa sebarang upah,” katanya. - Agensi
0 comments:
Post a Comment