Artis dah kawin beromen dengan bini dekat set
ARTIS DAH BERKAHWIN BERCENGKERAMA DI SET PENGGAMBARAN
KL, 20 FEB 2014: Pertama sekali, Murai Baru bukan nak membuka aib sesiapa, tetapi Murai Batu harap apa yang Murai Batu nak sampaikan ni menjadi pengajaran dan iktibar kepada artis Malaysia lain.
Murai Batu peliklah dengan seorang pelakon yang dah berkahwin ni. Ya, memamg dia dan isteri ada lesen besar untuk melakukan apa sahaja yang anda ingin buat sebab sudah berkahwin, tapi tak bermakna kena buat perkara yang sepatutnya disorokkan dalam kelambu di hadapan orang ramai!
Baru-baru ini, ada sumber membisikkan ke telinga Murai Batu mengatakan pasangan yang sudah berkahwin ini tidak segan silu untuk menunjukkan kemesraan di hadapan orang ramai. Kalau setakat berpegang tangan, rasanya semua orang faham tapi kalau dah keterlaluan, orang lain boleh naik menyampah!
Bayangkan kalau di lokasi penggambaran, pasangan tersebut boleh bercengkerama. Ada satu ketika, si lelaki mahu menyalin seluar untuk bersedia ke babak seterusnya di dalam bilik air. Tiba-tiba, si isteri mahu mengikut sama suaminya menukar pakaian dalam satu kamar mandi.
Agak lama selepas itu, barulah mereka keluar dengan muka selamba. Agaknya apa yang dilakukan dalam bilik air tu? Bermain congkak, batu seremban atau permainan tradisional yang lain? Ataupun mesyuarat kebajikan rumah tangga seharusnya di lakukan dalam bilik air?
Murai Batu rasa semua pembaca boleh membuat kesimpulan sendiri. Rasanya tak perlu dan tak manis kot buat adegan-adegan di tempat yang tidak sepatutnya.
Tak faham betul Murai Batu dengan artis zaman sekarang ni. Yang tak nak mengaku bercinta tu, bukan main mempertahankan kerahsiaan hubungan mereka. Yang dah berkahwin pula, tanpa segan silu berkelakuan tidak senonoh di hadapan orang ramai.
Murai Batu: Dengarnya, ada seorang pelakon ni kantoi buat muka di Korea, betul ker?
http://www.murai.com.my/berita/m ... t-penggambaran/ms/1
Siapakah???
0 comments:
Post a Comment