Seorang gadis berusia 13 tahun yang bersendirian dalam sebuah kondominium di USJ 8 mendakwa telah dicabul oleh seorang pekerja kedai runcit. Ibu gadis berkenaan tiada dirumah. Suspek, dipercayai warga Bangladesh berusia 20-an terbabit datang untuk menghantar tong gas dan difahamkan sudah beberapa bulan bekerja di kedai runcit berhampiran.
Ibu gadis berusia 13 tahun terbabit yang mahu dikenali Wong, 40, berkata dia mengetahui perbuatan jijik lelaki itu apabila anaknya menghubungi sebelum dia meminta bantuan jiran ke rumahnya di tingkat tiga.
“Ketika kejadian, saya sedang bekerja dan anak perempuan saya menghubungi memberitahu kehadiran lelaki itu. Saya memberitahunya memang ada menempah gas dua hari lalu (sebelum kejadian),” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, anak perempuannya kemudian membuka pintu dan membenarkan lelaki terbabit masuk ke bahagian dapur untuk meletakkan tong gas berkenaan.
“Namun, mengejutkan apabila lelaki itu secara tiba-tiba bertindak membuka seluar dan mengeluarkan kemaluannya. Lelaki berkenaan turut memegang dan meraba keseluruhan badan anak saya.
“Anak saya yang terkejut dengan tindakan itu berjaya melepaskan diri dan berlari ke bahagian dapur lalu menghubungi saya,” katanya.
Wong berkata, dia segera menghubungi jiran meminta bantuan sebaik panik mengetahui insiden menimpa anak gadisnya itu. Katanya, lelaki berkenaan kemudian bertindak melarikan diri sejurus menyedari kehadiran jirannya. Berikutan itu, Wong membawa anak gadisnya itu membuat laporan di Balai Polis USJ 8. Difahamkan, lelaki itu kini sudah menghilangkan diri selepas kejadian.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chua mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Video Hiasan
0 comments:
Post a Comment